Pendapat pro-globalisasi (globalisme) Globalisasi

Rencana utama: Globalisme

Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran bebas, seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global yang mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka tidak menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang seharusnya dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses demokratik.

Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan sumber-sumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat daripadanya. Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran yang lebih kurang, dan hasilan siap yang lebih banyak.

Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju kedua-duanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material yang lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan dan kapitalisme.

Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya menyokong kuat globalisasi:

  • peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang tinggal dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira inflasi dan kuasa membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].
  • Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa hak mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun kemudian pada tahun 2000.[11]
  • Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan makanannya kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun daripada 56% pada pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10% menjelang dekad 1990an.
  • Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan wanita sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan wanita sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada tahun 1970 ke 80% pada tahun 2000.
  • Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke 10% pada tahun 2000.
  • Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per kapita, dan juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]

Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan globalisasi, atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan negatifnya yang dibantah gerakan keadilan dunia.

Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan mengemukakan hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal dan dibayai negara dan bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada diktator yang tidak menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan sebaliknya menambah kepada hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku, dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan bahawa sesetengah tentangan pada globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan matlamat, seperti kesatuan sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes terhadap Bank Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka membuat andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan.

Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara langsung untuk memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.

Rujukan

WikiPedia: Globalisasi http://globalization.about.com/od/greatarticles/a/... http://borderbuster.blogspot.com http://www.latinbusinesschronicle.com/reports/repo... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.theglobalist.com/DBWeb/StoryId.aspx?Sto... http://fbc.binghamton.edu/iwtrajws.htm http://www.columbia.edu/~xs23/papers/worldistribut... http://plato.stanford.edu/entries/globalization/ http://www.uiowa.edu/ifdebook/issues/globalization... http://web.archive.org/web/20000818090652/http://w...